Sebelum ini kami ada kongsikan koleksi gambar Daisy, anak kucing yang sangat comel dan juga Boo, anak anjing yang sangat comel. Kali ini kami nak tambah satu lagi koleksi dalam siri anak-anak yang comel ini hehe. Memperkenalkan Luna! Luna adalah anak beruang polar yang sangat comel dan fotogenik. Dia dilahirkan di Buffalo Zoo, New York pada 27 November tahun lepas. Jom kita lihat aksi dan telatah anak peruang polar yang sangat comel ini.

hai! nama saya Luna

comelkan saya?

toleh kiri

toleh kanan

bosan la kat sini jom pi jalan-jalan

macam lebih anggun je dekat sini hehe

kenapa kena duduk dalam sangkar ni

wuuu wuuu nak keluar!

yeay! dapar keluar jalan-jalan.. bye!
Macam mana comelkan? Oleh kerana Luna masih kecil, ia belum boleh ditempatkan di dalam Zoo untuk ditonton bersama beruang-beruang polar yang lain. Sebaliknya gelagat dan aksi comel anak beruang ini dipaparkan menerusi televisyen di Zoo itu sahaja. Namun begitu ia berjaya menarik minat ramai penonton yang gemar menyaksikan gelagat anak beruang polar yang comel ini.
sumber: buzzfeed