Sebelum ini kami pernah kongsikan gambar gelagat kucing comel membuat kerja-kerja rumah, kali ini kami nak kongsikan gambar gelagat tupai comel pula melakukan tugas-tugas harian seperti manusia. Tupai yang diberi nama Mr. Peanuts ini adalah sama seperti tupai-tupai biasa yang pernah kita lihat. Tetapi oleh sebab sangat jinak, ia telah menjadi model comel yang melakukan pelbagai aksi yang sangat menarik dan menghiburkan. Semoga anda terhibur.

apa-apa hal kena la bersolek dulu

hmmm nak kena pakai ke tidak ni ye

tengok dulu kalau-kalau ada surat peminat ke

bawak baby pergi jalan-jalan

mari mambasuh

dah basuh kena la jemur

hehe lepas tu sidai dekat tempat yang sesuai

mencari makan

BBQ jom!

jerang air dapat minum kopi sejuk-sejuk ni best woo

bersukan untuk sihatkan badan

ala apa nama permainan ni ye.. selalu nampak dalam Running Man haha

tupai yang kreatif

bukan sahaja panda melukis malah pandai juga mengambil gambar hehe

sebut keju!!!

ini gambar tupai jinak tersebut dengan jurugambarnya
Macam mana comel kan? Gambar-gambar ini semua diambil oleh Nancy Rose yang hanya merupakan seorang kaunselor dan bukannya jurugambar profesional. Oleh kerana Mr. Peanuts ini terlalu jinak dia mengambil keputusan untuk merakamkan gambar tupai comel ini membuat aksi-aksi yang sangat menghiburkan.
sumber: gambar tupai comel di petapixel